UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL TAIPING
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan semua Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil & kes-kes Jenayah yang baru.
- Menguruskan penyediaan statistik bagi Mahkamah Sesyen Sivil Taiping.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH TAIPING
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah & kes baru kes Sivil.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Taiping.
UNIT MEDIASI MAHKAMAH SESYEN SIVIL TAIPING
- Bagi kes-kes dirujuk sebelum perbicaraan, Pengurusan Kes yang di rujuk ke Bilik Mediasi atas arahan Hakim.
- Pihak-pihak mengisi Borang Mediasi dan pusat Mediasi menerima dokumen yang diperlukan serta hantar kepada Mediator.
- Mediasi dihadiri kedua-dua pihak dan Mediator boleh mengendalikan Mediasi dalam satu sesi jika perlu tarikh seterusnya ditetapkan.
- Mediasi Berjaya catatkan keputusan dalam penghakiman persetujuan.
- Mediasi tidak Berjaya catatkan dalam Buku Kausa.
- Menguruskan statistik Mediasi Mahkamah Sivil Taiping.
UNIT PENTADBIRAN MAHKAMAH RENDAH TAIPING
- Mengawal selia segala pentadbiran yang melibatkan pegawai & kakitangan Mahkamah Rendah Taiping.
- Mengawal selia barangan stor dan aset-aset di Mahkamah Taiping.
- Mengawal selia kewangan di Mahkamah Taiping.
- Bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kakitangan Mahkamah Taiping dengan membuat laporan ke Ketua Jabatan keperluan untuk pembaik pulih.