FUNGSI BAHAGIAN
UNIT PENDAFTARAN SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Sivil
- Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Sivil
- Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Sivil
- Meluluskan semua Saman Tuntutan Kecil dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret
- Mendaftarkan pendaftaran kes-kes Sivil yang baru di bawah Kod 71, 72, 73, 74.
- Menguruskan urusan Pelaksanaan yang dijalankan oleh Bailif Mahkamah.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Sivil bulanan dan pada bila-bila diarahkan Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Perak
UNIT PENDAFTARAN JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Jenayah
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
- Mendaftar kes Saman Trafik, Saman Jabatan, Kes Kanak-Kanak dan sebagainya. Mengemaskini buku Daftar Kausa kes-kes berkenaan.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
- Menguruskan urusan reman di bawah Sek.117 KAJ dan APD
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Jenayah bulanan dan pada bila-bila diarahkan Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Perak
UNIT PESURUHJAYA SUMPAH
- Menjalankan tugasan dan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah sepertimana ditetapkan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.
- Memeriksa dan menerima akuan bersumpah dan akuan berkanun
- Menjadi saksi kepada dokumen-dokumen yang dibenarkan undang-undang dan tertakluk kepada Surat Arahan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bertarikh 3 November 2015
- Menerima dan menyerahkan dokumen untuk Salinan Diakui Sah kepada Majistret.
UNIT PELAKSANAAN
- Menjalankan lelongan awam, pelaksanaan Writ Distres, Waran Tangkap, Writ Hantar Serah dan Writ Pemilikan sepertimana perintah mahkamah yang mengarahkannya.
- Menerima, memproses wang deposit pelaksanaan daripada peguam
- Menyediakan Penyata Bailif dan menetapkan tarikh pelaksanaan selepas kesemua kertas cara teratur
- Menyediakan statistik bulanan sepertimana di arahkan Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri.
- Mengemaskini Buku Kausa Pelaksanaan.
UNIT KEWANGAN
- Menjalankan operasi Unit Hasil dan Bayaran iaitu memproses dan mengakaunkan semua jenis bayaran dan terimaan dengan betul, tepat dan sempurna.
- Memproses terimaan hasil, deposit dan mengeluaskan resit rasmi kepada pembayar.
- Memproses Penyata Perbankan dan memasukkan terimaan hasil ke dalam bank sebelum waktu pejabat dengan segera tanpa gagal.
- Menyediakan dokumen Akauan Terimaan Bulanan untuk tujuan audit
- Memproses segala bayaran tuntutan perjalanan, elaun perpindahan / pertukaran di Mahkamah Majistret Parit Buntar.
- Memproses tuntutan bil kontrak sewa beli dan perkhidmatan lain
- Menguruskan Panjar Wang Runcit
- Merekodkan di dalam buku Mahkamah 4, Buku Lejar Kew28 dan Laporan Suku Tahunan.
- Memproses bayaran balik deposit Mahkamah.
UNIT PENTADBIRAN
- Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
- Memastikan dan meyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta yang ditetapkan.
- Memastikan pengurusan keselamatan pejabat dan bangunan dijalankan dengan teratur dan sempurna
- Memastikan setiap asset / barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan. Barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan.
- Memastikan pengurusan keselamatan pejabat dan bangunan sempurna.
- Memantau dan menyelia tugasan kontraktor yang dilantik Pusat Tanggungjawab iaitu kontraktor pembersihan, keselamatan dan lain-lain.
- Menerima dan merekodkan urusan surat-menyurat Majistret Mahkamah Parit Buntar sebelum diedarkan kepada pegawai dari unit yang bertanggungan.
- Menjalankan urusan pos di Pejabat Pos.
- Menyelia dan memantau urusan cuti rehat, cuti sakit, cuti kecemasan dan lain-lain cuti bagi kesemua warga kerja di Mahkamah Majistret Parit Buntar
- Mengemaskini fail peribadi kakitangan dan pegawai di Mahkamah Majistret Parit Buntar.