FUNGSI BAHAGIAN
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL
- Membantu tugas-tugas Hakim didalam mahkamah terbuka Mahkamah Sesyen Sivil
- Menyemak, merekod dan mengemaskini kes harian didalam mahkamah terbuka
- Mengawal selia hal-hal berkaitan CRT dalam mahkamah terbuka dan memastikan system sentiasa dalam keadaan baik
- Menyediakan waran menahan, memenjara dan perintah berkaitan yang diarahkan oleh Hakim
- Menyediakan statistik bulanan dan statistik khas berdasarkan jumlah kes bulan berkenaan dan dikemaskini sekiranya dalam kadar masa segera
- Menyemak/Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen
- Menyemak/Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen
- Meluluskan semua Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baru
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH
- Membantu tugas-tugas Hakim didalam mahkamah terbuka Mahkamah Sesyen Jenayah
- Mengawal selia kakitangan Mahkamah Sesyen Jenayah
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Membantu tugas-tugas Majistret didalam mahkamah terbuka Mahkamah Majistret Sivil
- Menyemak merekod dan mengemaskini kes harian didalam mahkamah terbuka
- Mengawal selia hal-hal berkaitan CRT dalam mahkamah dan memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik
- Menyemak/Meluluskan semua deraf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
- Menyemak/Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
- Menyemak/Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Membantu tugas-tugas Majistret didalam mahkamah terbuka Mahkamah Majistret Jenayah
- Mengawal selia kakitangan Mahkamah Majistret Jenayah
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan, termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
- Menguruskan Jadual Bertugas Majistret dan Penolong Pendaftar bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ dan APD
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah
UNIT PENDAFTARAN BAHAGIAN PENTADBIRAN/KEWANGAN
- Menguruskan pendaftaran fail, surat menyurat dan emel
- Menguruskan semua cuti Pegawai dan Kakitangan dalam sistem Hrmis
- Mengendalikan semua urusan surat-menyurat pentadbiran dan surat antara jabatan
- Menguruskan Harta modal dan Inventori
- Menguruskan kaunter/Khidmat pelanggan
- Menguruskan stor dan aset
- Menyediakan laporan bulanan prestasi perkhidmatan kawalan keselamatan
- Menyediakan laporan bulanan kedatangan Pegawai dan kakitangan
UNIT PENDAFTARAN BAHAGIAN PENTADBIRAN/KEWANGAN
- Menerima bayaran denda, wang rampasan, amanah dan penfailan dokumen serta
- Mengeluarkan resit Kew, 38E menggunakan sistem iGFMAS
- Menyediakan Penyata kira-kira Audit setiap bulan
- Menyediakan laporan penyata kutipan hasil bulanan
- Menguruskan pembayaran bil utiliti seperti elektrik, air dan Indah Water serta tuntutan perjalanan semua pegawai dan kakitangan ke PTJ
- Menguruskan Akaun Deposit Amanah dan menguruskan bayaran balik deposit
- Menguruskan warta kerajaan bagi akaun deposit amanah yang cukup tempoh dan menyediakan baucar jurnal
- Menguruskan Panjar Wang Runcit
- Menyimpan dengan selamat buku-buku resit dan dokumen kewangan