FUNGSI BAHAGIAN MAHKAMAH MAJISTRET SUNGAI SIPUT,PERAK.
- BAHAGIAN PEBTADBIRAN AM.
- Bertanggungjawap melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
- Menjalankan tugas pentadbiran am seperti pengurusan aset,stor,fail pentadbiran dan pengurusan cuti pegawai dan kakitangan.
- Menyediakan laporan berkaitan penyelenggaraan ,kerosakan dan pembaikan bangunan mahkamah.
- Menyediakan laporan pretasi kerja perkhidmatan kawalan keselamatan,pembersihandan kerja penyeleggaraan berkaitan kontrak-kontrak yang disediakan oleh pusat tanggungjawab Mahkamah Negeri Perak
- Mengawalselia displin pegawai dan kakitangan Mahkamah ini.
- BAHAGIAN KEWANGAN.
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan arahan dari pejabat ketua pendaftar mahkamah persekutuan berkaitan dengan kewangan.
- Menjalankan tugas-tugas kewangan seperti menyediakan resit bayaran denda dan lain-lain bayaran mahkamah,panjar wang runcit, baucar bayaran, invois berkaitan kerja kontrak dan sebagainya.
- Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan ke pusat tanggungajawab Magkamah Negeri Perak.
- Bertanggungjawab dalam segala perkara berkaitan pembukaan,pelupusan fail kewangan dan dokumen atau cetakan berkaitan kewangan.
- BAHAGIAN PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL.
- Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua kes Writ Distress,Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
- Mendaftarkan kes-kes Mahkamah sivil yang baru.
- Menyediakan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil Perak.
- Meyediakan dan menyemak nota keterangan,rayuan sivil,surat-surat dan segalam dokumen berkaitan kes Mahkamah Majistret Sivil.
- Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas bailif bagi kes perlaksaan sivil dan pelupusan fail-fail sivil.
- BAHAGIAN PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH.
- Mendaftarkan kes-kes Mahkamah jenayah yang baru
- Mengeluarkan Waran Menahan,Waran Geledah dan lain-lain permohonandaripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap,Perintah,perintah untuk mengemukanan,saman,buku daftar,urusan jamin bagi kes tangkap dan lain-lain yang berkaitan.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke mahkamah untuk perbicaraan.
- Menyediakan statistik-statistik Mahkamah Majistret jenayah Perak.
- Menguruskan jadual bertugas majistret bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ.
- Menyediakan nota keterangan dan rayuan jenayah,surat dan dokumen-dokumen kes jenayah,laporan harian kes jenayah dan urusan jurubahasa asing sekiranya diperlukan.