Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

 

PERUTUSAN PENGARAH MAHKAMAH NEGERI PERAK

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

 

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya abadikan sepatah dua kata buat semua pengunjung portal Mahkamah Negeri Perak yang saya hormati sekalian.

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam bidang kehakiman masa kini, Mahkamah Negeri Perak tidak ketinggalan dalam memacu visi dan misi Badan Kehakiman Malaysia untuk menjadi Badan Kehakiman yang berwibawa berlandaskan kemajuan teknologi menjelang 2025 dengan mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi mempertingkatkan akses kepada keadilan.

Pembangunan portal Mahkamah Negeri Perak ini adalah satu inisiatif penyaluran informasi berkenaan Mahkamah Negeri Perak serta sebagai penghubung kepada lain-lain capaian e-perkhidmatan yang pelbagai untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai mendapatkan akses keadilan yang sewajarnya.

Saya mengharapkan agar portal Mahkamah Negeri Perak ini dapat menjadi penghubung bagi Mahkamah Negeri Perak dengan pihak berkepentingan dan masyarakat secara keseluruhan.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih dan syabas buat semua yang terlibat dalam membangunkan portal Mahkamah Negeri Perak ini. Semoga usaha dan komitmen yang diberikan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh-Nya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengarah Mahkamah Negeri Perak.