Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
Mendaftar kes Saman Trafik, Saman Jabatan, Kes Kanak-Kanak dan sebagainya. Mengemaskini buku Daftar Kausa kes-kes berkenaan.
Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
Menguruskan urusan reman di bawah Sek.117 KAJ dan APD
Menguruskan penyediaan statistik-statistik Jenayah bulanan dan pada bila-bila diarahkan Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Perak
UNIT PESURUHJAYA SUMPAH
Menjalankan tugasan dan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah sepertimana ditetapkan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.
Memeriksa dan menerima akuan bersumpah dan akuan berkanun
Menjadi saksi kepada dokumen-dokumen yang dibenarkan undang-undang dan tertakluk kepada Surat Arahan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bertarikh 3 November 2015
Menerima dan menyerahkan dokumen untuk Salinan Diakui Sah kepada Majistret.
UNIT PELAKSANAAN
Menjalankan lelongan awam, pelaksanaan Writ Distres, Waran Tangkap, Writ Hantar Serah dan Writ Pemilikan sepertimana perintah mahkamah yang mengarahkannya.
Menerima, memproses wang deposit pelaksanaan daripada peguam
Menyediakan Penyata Bailif dan menetapkan tarikh pelaksanaan selepas kesemua kertas cara teratur
Menyediakan statistik bulanan sepertimana di arahkan Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri.
Mengemaskini Buku Kausa Pelaksanaan.
UNIT KEWANGAN
Menjalankan operasi Unit Hasil dan Bayaran iaitu memproses dan mengakaunkan semua jenis bayaran dan terimaan dengan betul, tepat dan sempurna.
Memproses terimaan hasil, deposit dan mengeluaskan resit rasmi kepada pembayar.
Memproses Penyata Perbankan dan memasukkan terimaan hasil ke dalam bank sebelum waktu pejabat dengan segera tanpa gagal.
Menyediakan dokumen Akauan Terimaan Bulanan untuk tujuan audit
Memproses segala bayaran tuntutan perjalanan, elaun perpindahan / pertukaran di Mahkamah Majistret Parit Buntar.
Memproses tuntutan bil kontrak sewa beli dan perkhidmatan lain
Menguruskan Panjar Wang Runcit
Merekodkan di dalam buku Mahkamah 4, Buku Lejar Kew28 dan Laporan Suku Tahunan.
Memproses bayaran balik deposit Mahkamah.
UNIT PENTADBIRAN
Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
Memastikan dan meyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta yang ditetapkan.
Memastikan pengurusan keselamatan pejabat dan bangunan dijalankan dengan teratur dan sempurna
Memastikan setiap asset / barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan. Barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan.
Memastikan pengurusan keselamatan pejabat dan bangunan sempurna.
Memantau dan menyelia tugasan kontraktor yang dilantik Pusat Tanggungjawab iaitu kontraktor pembersihan, keselamatan dan lain-lain.
Menerima dan merekodkan urusan surat-menyurat Majistret Mahkamah Parit Buntar sebelum diedarkan kepada pegawai dari unit yang bertanggungan.
Menjalankan urusan pos di Pejabat Pos.
Menyelia dan memantau urusan cuti rehat, cuti sakit, cuti kecemasan dan lain-lain cuti bagi kesemua warga kerja di Mahkamah Majistret Parit Buntar
Mengemaskini fail peribadi kakitangan dan pegawai di Mahkamah Majistret Parit Buntar.