FUNGSI BAHAGIAN
UNIT PENDAFTARAN SIVIL
- Memastikan Sistem CCTS berfungsi dengan baik agar prosiding sivil berjalan dengan lancar.
- Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan kes sivil di bawah bidang kuasa Majistret seperti yang dperuntukkan oleh seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] dan Undang-Undang bertulis lain.
- Mempertimbang dan memutuskan permohonan interlokutori.
- Merekodkan Penghakiman Ingkar dan Penghakiman Persetujuan.
- Mendengar dan membuat keputusan bagi permohonan pelaksanaan penghakiman.
- Memproses draf / Perintah bersih dan draf / Penghakiman bersih.
- Memproses Writ Distress, Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan serta memastikan kelancaran proses pelaksanaan penghakiman.
- Memastikan pendaftaran dan pengemaskinian kes menggunakan Sistem Pendaftaran Integrasi Maklumat Mahkamah (SISPIM).
- Menyediakan statistik bulanan bagi kes sivil dan memastikan maklumat adalah tepat dan sahih.
UNIT PENDAFTARAN JENAYAH
- Memastikan Sistem CCTS berfungsi dengan baik agar prosiding jenayah berjalan dengan lancar.
- Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan kes jenayah di bawah bidang kuasa Majistret seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 85 Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] dan Undang-Undang bertulis lain termasuklah kes yang melibatkan kanak-kanak sebagai pesalah dan saman jabatan.
- Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan Permohonan Pelbagai Jenayah termasuklah permohonan reman, permohonan jamin, permohonan di bawah seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah, permohonan Waran Tangkap, permohonan Waran Geledah dan sebagainya.
- Memproses Waran Menahan, Waran Mempenjarakan apabila Hukuman Penjara atau Denda Dijatuhkan, Sepina, Waran Tangkap, Waran Geledah, Perintah untuk Mengemukakan Tahanan (Order to Produce) dan lain-lain borang dalam prosiding jenayah.
- Memastikan pendaftaran dan pengemaskinian kes menggunakan Sistem Pendaftaran Integrasi Maklumat Mahkamah (SISPIM).
- Menyediakan statistik bulanan bagi kes jenayah dan memastikan maklumat adalah tepat dan sahih.
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
Unit ini bertanggungjawab memastikan keteraturan dalam perkara yang berikut:
- Kewangan;
- Pengurusan sumber manusia;
- Pengurusan aset dan stor;
- Pengurusan keselamatan dokumen;
- pengurusan keselamatan / Penjagaan bangunan dan persekitaran mahkamah; dan
- lain-lain.