FUNGSI BAHAGIAN
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil
- Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
- Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan, termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
- Menguruskan Jadual Bertugas Majistret bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ dan APD (Rawatan dan Pemulihan)
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah