FUNGSI BAHAGIAN
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Membantu tugas-tugas Majistret di dalam mahkamah terbuka dan dalam kamar bermula dari awal prosiding hingga ke akhir prosiding
- Menyemak, merekod dan mengemaskini kes harian di dalam mahkamah terbuka.
- Mengawal selia hal-berkaitan peralatan CRT dalam mahkamah terbuka dan memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik.
- Menterjemah secara lisan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya :-
- Secara lisan di dalam mahkamah terbuka.
- Terjemahan dokumen-dokumen seperti yang diperlukan/dipohon.
- Mendaftar/buka kes sivil / selenggara fail dan bilik fail sivil.
- Semakan dan kembalian deraf-deraf Perintah sivil, Penghakiman, Notis Permohonan dan lain-lain dokumen/surat-menyurat kes sivil.
- Membantu mengeluarkan waran menahan,waran memenjara, perintah-perintah, bon-bon jamin, laporan endosment (penerangan dan sediakan dokumen-dokumen cagaran) dan lain-lain dokumen kes jenayah diperlukan.
- Menyediakan dokumen berkeperluan sekiranya diperlukan.
- Menyediakan masterlist, statistik bulanan dan statistik khas berdasarkan jumlah kes bulan berkenaan dan memastikan maklumat statistik sentiasa di kemaskini sekiranya diperlukan dalam kadar masa segera.
- Memastikan segala waran dan dokumen serta perintah,deraf penghakiman dan deraf perintah menggunakan punca kuasa yang betul
- Memastikan segala dokumen,waran,perintah, draf penghakiman dan draf perintah diserahkan kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh masa yang sepatutnya.
- Mendaftar kes-kes ke dalam buku kausa dan SISPIM, mengemaskini status kes-kes ke dalam buku kausa dan SISPIM dan merekod keputusan kes-kes di dalam buku kausa dan SISPIM.
- Menyediakan rekod rayuan sivil sekiranya ada dan mengemaskini buku kausa rayuan.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Membantu tugas-tugas Majistret di dalam mahkamah terbuka dan kamar bermula dari awal prosiding hingga ke akhir prosiding
- Menyemak,merekod dan mengemaskini kes harian di dalam mahkamah terbuka.
- Mengawal selia hal-berkaitan peralatan CRT dalam mahkamah terbuka dan memastikan system sentiasa dalam keadaan baik.
- Menyediakan waran menahan, memenjara dan perintah berkaitan yang diarahkan oleh majistret.
- Menyediakan bon-bon jaminan, berkelakuan baik dan lain-lain bon yang telah diperintahkan oleh Majistret.
- Menyediakan dokumen berkeperluan sekiranya diperlukan.
- Menyediakan statistik bulanan dan statistik khas berdasarkan jumlah kes bulan berkenaan dan memastikan maklumat statistik sentiasa di kemaskini sekiranya diperlukan dalam kadar masa segera.
- Menyemak draf penghakiman dan draf perintah serta memastikan siap dalam tempoh 4 hari bekerja.
- Memastikan segala waran dan dokumen serta perintah,deraf penghakiman dan derafperintahmenggunakanpuncakuasa yang betul
- Memastikan segala dokumen, waran, perintah, draf penghakiman dan draf perintah diserahkan kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh masa yang sepatutnya.
- Mendaftar kes-kes ke dalam buku kausa dan SISPIM, mengemaskini status kes-kes ke dalam buku kausa dan SISPIM dan merekod keputusan kes-kes di dalam buku kausa dan SISPIM.
- Menyediakan rekod rayuan sekiranya ada dan mengemaskini buku kausa rayuan.
UNIT PELAKSAAAN (BAILIF)
- Mendaftar kes Writ Penyitaan dan Penjualan, Writ Distress, Writ Pemilikan, Saman Penghutang Penghakiman dan Perintah Pengkomitan bagi kod-kod 76, 76J, 76WS.
- Memproses dokumen secara manual bagi kes-kes Writ Penyitaan dan Penjualan, Writ Distress, Writ Pemilikan, Saman Penghutang Penghakiman dan Perintah Pengkomitan bagi kod-kod 76, 76J, 76WS.
- Membuat surat permohonan deposit pelaksanaan sebanyak RM1000.00 dibawah nama Akauntan Negara Malaysia untuk dihantar kepada peguam;
- Setelah deposit diterima, bil dijana melalui sistem 1GFMAS dan resit rasmi dikeluarkan;
- Tarikh pelaksanaan ditetapkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah;
- Melaksanakan kes pelaksanaan pada tarikh yang telah ditetapkan;
- Merekodkan segala laporan pelaksanaan di dalam buku rekod dan secara manual;
- Menyediakan Notis Jualan selepas tujuh hari pelaksanaan untuk diserahkan kepada pihak-pihak;
- Melaksanakan Lelongan Awam pada tarikh yang telah ditetapkan. Jika pelaksanaan lelongan Berjaya dilaksanakan, resit kewangan kew.38 akan dikeluarkan kepada pembida yang berjaya;
- Bil rasmi dikeluarkan dan diserahkan Bersama hasil lelongan awam tersebut kepada bahagian kewangan mahkamah;
- Penyata bailiff dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak-pihak;
- Menyediakan senarai semak dokumen sokongan untuk pengembalian deposit dan diserahkan kepada bahagian kewangan untuk tindakan lanjut;
- Fail selesai dan ditutup.
- Melaksanakan Perintah Menangkap Penghutang Penghakiman yang Tidak Hadir dan Pengkomitan
- Mendaftar Perintah yang diperolehi;
- Membuat surat permohonan deposit pelaksanaan sebanyak RM1000.00 dibawah nama Akauntan Negara Malaysia untuk dihantar kepada peguam;
- Setelah deposit diterima, bil dijana melalui sistem 1GFMAS dan resit rasmi dikeluarkan;
- Tarikh pelaksanaan untuk Perintah Menangkap Penghutang Penghakiman yang Tidak Hadir ditetapkan oleh Majistret;
- Jika pelaksanaan Perintah Menangkap Penghutang Penghakiman yang Tidak Hadir telah sempurna dilaksanakan, Penghutang Penghakiman akan dibawa oleh Bailif ke Mahkamah tersebut di hadapan Majistret untuk merekod Perintah;
- Penyata bailiff dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak-pihak;
- Menyediakan senarai semak dokumen sokongan untuk pengembalian deposit dan diserahkan kepada bahagian kewangan untuk tindakan lanjut;
- Fail selesai dan ditutup.
- Pelaksanaan Perintah Pengkomitan
- Mendaftar Perintah yang diperolehi;
- Membuat surat permohonan deposit pelaksanaan sebanyak RM1000.00 dibawah nama Akauntan Negara Malaysia untuk dihantar kepada peguam;
- Setelah deposit diterima, bil dijana melalui sistem 1GFMAS dan resit rasmi dikeluarkan;
- Tarikh pelaksanaan untuk Perintah Pengkomitan ditetapkan oleh Majistret;
- Jika pelaksanaan Perintah Pengkomitan telah sempurna dilaksanakan, Penghutang Penghakiman akan dibawa oleh Bailif ke Mahkamah tersebut di hadapan Majistret untuk merekod Perintah;
- Sekiranya Perintah Pengkomitan dikeluarkan untuk memenjarakan Penghutang Penghakiman, maka Bailif akan membawa dan menghantar Penghutang Penghakiman ke Penjara sebagaimana yang telah ditetapkan;
- Penyata bailiff dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak-pihak;
- Menyediakan senarai semak dokumen sokongan untuk pengembalian deposit dan diserahkan kepada bahagian kewangan untuk tindakan lanjut;
- Fail selesai dan ditutup.
- Membuat permohonan stor melalui Sistem SPS (Kew-PS-10) permohonan peralatan pejabat /alat tulis untuk kegunaan kakitangan (Kew.PS-11)
- Membuat pengiraan stok setiap suku tahun bulan sekali untuk setiap suku tahun (Kew.PS-3 dan Kew. PS-4).
- Memastikan stor dalam keadaan kemas dan teratur.
- Membuat pendaftaran harta modal (Kew.PA -3) dan daftar asset alih bernilai rendah (Kew-PA-4) serta melabelkan HAK MILIK KERAJAAN pada aset.
- Membuat laporan kerosakan/pembaikan asset peralatan pejabat (Kew.PA-10) serta kerosakan bangunan mekenikal, elektrikal dan memastikan keadaan kebersihan Mahkamah terjaga.
- Memastikan peralatan aset berada di dalam keadaan baik dan berada di lokasi (Kew.PA-7) serta mendaftar pergerakan harta modal (Kew.PA-9)
- Membuat pelupusan asset sekiranya perlu (Kew.PA-19 )
- Bertanggungjawab sebagai pegawai aset dan stor.
- Menyediakan laporan kenyataan rekod cuti dan mengemaskini fail-fail kakitangan dan perkhidmatan.
- Menerima, merekod dan mengedarkan surat-surat biasa dan berdaftar kepada yang berkenaan.
- Membuat pendaftaran mel di dalam sistem iGFMAS seperti cek,bank draf, wang pos dan kiriman wang.
- Menerima wang tunai untuk bayaran denda serta menerima cek,wang pos dan kiriman wang daripada Peguam dan mengeluarkan resit bayaran mahkamah melalui sistemi GFMAS.
- Menerima dan mengutip bayaran denda dan bayaran Mahkamah melalui sistem igmas dan menulis serta menadntangani resit Kew. 38 jika sistem down.
- Menyediakan Penyata Pemungut dan pergi ke Bank bagi memasukkan kutipan hasil Mahkamah
- Membuat pendaftaran mel dalam sistem igmas seperti cek, wang pos dan kiriman wang dan mencatit number resit di dalam buku daftar surat
- Penutupan Kiera-kira Wang Tunai (KKWT) dan menghantar dokumen yang berkaitan dengan 1gmas ke unit Akaun Putrajaya JPM.
- Menyelenggara akaun deposit (bayaran/terimaan) dan mengemaskini buku Mahkamah 4 dan Buku Lejar Deposit
- Menyediakan baucer bayaran bagi setiap invoice, bil-bil, dan menyemak tuntutan perjalanan Mahkamah untuk dihantar ke PTJ.
- Membuat Rekupmen Panjar Wang Runcit dan ke Afin Bank Ipoh bagi urusan pembayaran Panjar Wang Runcit.
UNIT PENDTADBIRAN DAN KEWANGAN
UNIT KEWANGAN