Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Sistem lelong awam secara atas talian yang lebih dikenali sebagai Sistem e-Lelong mengendalikan Lelong Awam Harta Tak Alih bagi kes-kes halang tebus di Mahkamah Tinggi Malaya secara atas talian mengikut masa sebenar.

Hartanah-hartanah yang akan dipaparkan untuk dilelong melalui Sistem e-Lelong ini adalah melibatkan hartanah-hartanah yang dilelong oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Semenanjung Malaysia.

Sistem e-Lelong ini bukan sahaja memudahkan aktiviti lelong awam, malah dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Mahkamah. Sistem e-Lelong akan menukarkan proses lelong awam secara manual kepada proses lelong awam secara atas talian mengikut masa sebenar. Ini membolehkan para pembida membuat bidaan secara atas talian tanpa perlu hadir ke Mahkamah. Melalui sistem e-Lelong juga, identiti pembida adalah dirahsiakan bagi memastikan tiada ketirisan maklumat dan pembida juga boleh membuat bidaan tanpa sebarang tekanan dan campur tangan daripada pihak ketiga atau sindiket.

Sistem e-Lelong kini dilaksanakan bagi kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuantan, Mahkamah Tinggi Temerloh, Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Taiping. Ianya akan diperluaskan ke Mahkamah Tinggi Malaya yang lain

Lelong awam yang dijalankan secara atas talian ini akan diselia oleh Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar di Pusat Operasi e-Lelong yang ditempatkan di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang.

Sistem e-Lelong boleh dicapai menerusi pautan  https://elelong.kehakiman.gov.my/bidderweb