Y.A Dato Samsudin bin Hassan

 

 

 

DATUK SAMSUDIN BIN HASSAN

HAKIM MAHKAMAH TINGGI

IPOH

 

PROFIL

 

Y.A. Datuk Samsudin bin Hassanpernah berkhidmat sebagai Pegawai Kerja di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan ditukarkan ke Kedutaan Besar Malaysia, Jeddah, Saudi Arabia sebagai Setiausaha Ketiga kemudiannya berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Vienna, Austria sebagai Setiausaha Ketiga.

 

Di Jabatan Perundangan Dan Kehakiman Malaysia pula beliau telah menyandang jawatansebagai Pegawai Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara, Malaysia; Timbalan Pendakwa Raya di Bahagian Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara Malaysia; Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia di Kuala Lumpur; Timbalan Pendakwa Raya Negeri Terengganu di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Kuala Terengganu; Penasihat Undang-Undang di Jabatan KastamDan Eksais Diraja Malaysia; Timbalan Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia; Pegawai Khas Kepada Peguam Negara; Pengurus Undang-Undang di Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA); Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Pembaharuan Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara; Timbalan Pendakwa Raya di Unit Rayuan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara; Pengerusi, Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Johor; Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru; Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Baru dan kini bertugas sebagai Hakim, Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak.

 

 

No. Telefon: 05-2544595

MAHKAMAH TINGGI IPOH

JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB

30000 IPOH

PERAK DARUL RIDZUAN

 

Total visitors to the Portal : 82,911
  • Your IP: 54.80.140.5
  • Last updated : 23 September 2017