Notis Majlis Perhimpunan Bulanan April 2016

Mahkamah Negeri Perak akan mengadakan perhimpunan bulanan pada 6 April 2016. Maklumat lanjut bole lihat pada notis yang disertakan. 
 

NOTIS

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

MAHKAMAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

 

Untuk makluman, Majlis Perhimpunan Bulanan Mahkamah Negeri Perak akan diadakan pada ketetapan berikut:-

 

                        TARIKH     :    6 APRIL 2016 (RABU)

                        MASA         :   7.50 PAGI

                        TEMPAT     :   PERKARANGAN MAHKAMAH SESYEN/MAJISTRET

                                                 IPOH (KAWASAN PARKIR PEGAWAI)

                         PAKAIAN  :   PEJABAT (DIGALAKKAN UNTUK MEMAKAI

                                                 PAKAIANKORPORAT SEKIRANYA ADA)

 

Nota:-

•           Seorang Jurubahasa hendaklah berada di Mahkamah Terbuka (Secara bergilir – gilir setiap bulan) semasa perhimpunan berlangsung bagi melancarkan proses kerja di Mahkamah Terbuka. Sistem giliran ini juga terpakai kepada PA dan kakitangan yang bertugas di kaunter pendaftaran dan kaunter bayaran.

•           Kedatangan perhimpunan bulanan akan dikemaskini di dalam sesawang e-latihan oleh pihak PTJ Perak berdasarkan senarai kehadiran yang telah diisi dan ditandatangani oleh tuan & puan semasa perhimpunan bulanan. Oleh yang demikian, tuan & puan hendaklah mengisi senarai kedatangan semasa perhimpunan bulanan dimana pengisian senarai kedatangan selepas perhimpunan bulanan selesai tidak akan dilayan.

 

 

 

Arahan Pengarah

Mahkamah Negeri Perak

Total visitors to the Portal : 77,824
  • Your IP: 54.162.91.86
  • Last updated : 27 May 2017