Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Pusat Mediasi yang ditubuhkan oleh Badan Kehakiman telah dikendalikan oleh Hakim serta Pegawai Kehakiman. Seorang mediator tetap yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Sesyen atau Pegawai Kehakiman telah dilantik. Pegawai Kehakiman akan bertugas secara bergilir untuk mendengar kes-kes mediasi bergantung kepada bilangan kes mediasi yang ditetapkan.img

FUNGSI MEDASI :

  • Bagi menjadikan mediasi sebagai alternatif untuk menyelesaikan kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh;
  • Bagi menjimatkan masa, kos dan tenaga pihak-pihak yang terlibat;
  • Bagi menyediakan tempat yang sesuai untuk menyelesaikan kes selain daripada bilik bicara;
  • Bagi menggalakkan pertelingkahan diselesaikan secara baik (win-win situation) dan kedua-dua pihak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai; dan
  • Bagi mengurangkan kes-kes tertunggak di Mahkamah.