Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

PENGENALAN

Seseorang Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh Ketua hakim Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 11(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

LOKASI PERKHIDMATAN DAN WAKTU URUSAN KAUNTER

Mahkamah Negeri Perak menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di lokasi-lokasi berikut;

 

MAHKAMAH SESYEN/MAJISTRET IPOH 

WAKTU URUSAN: 8.30 AM - 1.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM- 12.15 T.HARI (JUMAAT)

MAHKAMAH TINGGI IPOH

WAKTU URUSAN: 1.00 PM – 4.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM - 3.15 PM (JUMAAT)

KOMPLEKS MAHKAMAH TAIPING

WAKTU URUSAN: 8.30 AM- 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.30 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH SESYEN/MAJISTRET TELUK INTAN

 WAKTU URUSAN: 8.30 AM - 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.30 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH SESYEN/MAJISTRET KUALA KANGSAR

WAKTU URUSAN: 8.30 AM - 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.30 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET SUNGAI SIPUT

WAKTU URUSAN: 8.30 AM - 12.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM - 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -11.30 AM (JUMAAT)

2.45 PM - 3.15 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET BATU GAJAH

WAKTU URUSAN: 8.30 AM - 12.30 T.HARI (ISNIN HINGGA JUMAAT)

2.00 PM - 3.00 PM (ISNIN HINGGA JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET PARIT

WAKTU URUSAN: 8.30 AM – 1.00 PM (ISNIN HINGGA JUMAAT)

2.00 PM - 3.00 PM (ISNIN HINGGA JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTET SERI MANJUNG

WAKTU URUSAN: 2.30 PM – 3.30 PM (ISNIN DAN SELASA)

3.00 PM - 3.30 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET PENGKALAN HULU

WAKTU URUSAN: 8.30 AM – 1.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM - 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.15 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET GERIK

WAKTU URUSAN: 8.30 AM – 1.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM - 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.15 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET LENGGONG

WAKTU URUSAN: 8.30 AM – 1.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM - 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.15 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET TAPAH

WAKTU URUSAN: 8.00 AM- 1.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM- 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.00 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.30 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET KAMPAR

WAKTU URUSAN: 11.00 AM- 1.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM- 3.15 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

11.00 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.15 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET TANJUNG MALIM

WAKTU URUSAN: 8.30 AM- 12.30 T.HARI (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM- 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -11.45 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.30 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET SLIM RIVER

WAKTU URUSAN: 8.30 AM- 12.30 T.HARI (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM- 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.30 AM -11.45 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.30 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET SELAMA

WAKTU URUSAN: 8.15 AM- 1.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM- 3.15 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

8.15 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.15 PM (JUMAAT)

MAHKAMAH MAJISTRET PARIT BUNTAR

WAKTU URUSAN: 9.30 AM- 1.00 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

2.00 PM- 3.30 PM (ISNIN HINGGA KHAMIS)

9.30 AM -12.15 T.HARI (JUMAAT)

2.45 PM - 3.30 PM (JUMAAT)

 

CAJ PERKHIDMATAN

Afidavit dan Dokumen Selain Akuan Berkanun

Berpandukan Kaedah 17 yang dibaca bersama Jadual Kedua, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018, fi yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sumpah adalah sebanyak RM10.00 (afidavit asal bagi setiap deponen), RM5.00 (salinan afidavit bagi setiap deponen), RM5.00 (setiap eksibit asal) dan RM2.00 (setiap salinan eksibit). Pesuruhjaya Sumpah juga dibenarkan mengutip RM10.00 bagi setiap dokumen selain daripada akuan berkanun yang mana Pesuruhjaya Sumpah telah diberi kuasa oleh undang-undang untuk menandatanganinya sebagai contoh borang DDA, surat kuasa wakil.

 

Surat Akuan Berkanun

Menurut Seksyen 2 Perintah (Bayaran) Akuan Berkanun (Pindaan) 1993, fi yang dikenakan adalah sebanyak RM4.00 (bagi setiap akuan) dan RM2.00 (bagi setiap eksibit atau lampiran yang dirujuk padanya). Tiada istilah salinan bagi akuan berkanun.