UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil
- Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen
- Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen
- Meluluskan semua Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baru
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH/ MAHKAMAH KHAS PATI LANGKAP
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah/ Mahkamah Khas PATI Langkap
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah/ Mahkamah Khas PATI Langkap.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil
- Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
- Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan, termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah .