Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
  • Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan semua Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan

UNIT PENTADBIRAN

  • Menguruskan pembahagian kerja di antara kakitangan.
  • Mengawasi kecekapan dan kelicinan tugas yang telah diamanahkan bagi setiap kakitangan.
  • Menyemak buku daftar kes, rekod-rekod, penyata yang berkenaan dan sebagainya
  • Bertanggungjawab memeriksa dan menyelia dokumen-dokumen seperti rekod rayuan, laporan harian kes sivil, jenayah dan saman jabatan, rekod-rekod kes separuh bicara dan memeriksa statistik bulanan.
  • Menyelia kebajikan kakitangan bawahan.
  • Menyelia kebersihan kawasan luar dan dalam Mahkamah.
  • Menyelia disiplin, rekod kehadiran, rekod keluar masuk dan etika kakitangan Mahkamah.
  • Menyelia perkhidmatan kaunter Mahkamah.
  • Menyelia pejabat pendaftaran Mahkamah.
  • Menyelia daftar surat menyurat.
  • Menyelia aset dan stor Mahkamah.
  • Menyelia urusan pelupusan fail-fail Mahkamah.
  • Meluluskan permohonan cuti kakitangan di bawah seliaan.

UNIT KEWANGAN

  • Memperakui dan menandatangani baucer-baucer pembayaran dan semua urusan kewangan yang terlibat
  • Memperakui pegawai-pegawai tertentu untuk memungut hasil, menandatangani baucer bayaran, pesanan tempatan, baucer jurnal, tuntutan perjalanan dan urusan kewangan yang terlibat.
  • Bertanggungjawab memeriksa rekod-rekod kewangan Mahkamah.
  • Membuat pemeriksaan mengejut bagi rekod kewangan.