Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL TAIPING
  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil.
  • Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen.
  • Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen.
  • Meluluskan semua Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen.
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil & kes-kes Jenayah yang baru.
  • Menguruskan penyediaan statistik bagi Mahkamah Sesyen Sivil Taiping.

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH TAIPING

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah & kes baru kes Sivil.
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Taiping.

UNIT MEDIASI MAHKAMAH SESYEN SIVIL TAIPING

  • Bagi kes-kes dirujuk sebelum perbicaraan, Pengurusan Kes yang di rujuk ke Bilik Mediasi atas arahan Hakim.
  • Pihak-pihak mengisi Borang Mediasi dan pusat Mediasi menerima dokumen yang diperlukan serta hantar kepada Mediator.
  • Mediasi dihadiri kedua-dua pihak dan Mediator boleh mengendalikan Mediasi dalam satu sesi jika perlu tarikh seterusnya ditetapkan.
  • Mediasi Berjaya catatkan keputusan dalam penghakiman persetujuan.
  • Mediasi tidak Berjaya catatkan dalam Buku Kausa.
  • Menguruskan statistik Mediasi Mahkamah Sivil Taiping.

UNIT PENTADBIRAN MAHKAMAH RENDAH TAIPING

  • Mengawal selia segala pentadbiran yang melibatkan pegawai & kakitangan Mahkamah Rendah Taiping.
  • Mengawal selia barangan stor dan aset-aset di Mahkamah Taiping.
  • Mengawal selia kewangan di Mahkamah Taiping.
  • Bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kakitangan Mahkamah Taiping dengan membuat laporan ke Ketua Jabatan keperluan untuk pembaik pulih.