Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN

  1. Menjaga dan menguruskan kaunter di bahagian pentadbiran
  2. Membuka dan menutup pintu pejabat mengikut waktu yang telah ditetapkan
  3. Pengurusan sistem fail (fail pentadbiran, kewangan, sivil, jenayah) dan pengurusan surat menyurat (penerimaan surat, pengedaran surat,pengeposan surat)
  4. Mengurus dan menjaga aset alih kerajaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan
  5. Mengemaskini dan menyelenggara stor peralatan pejabat dan alat tulis dengan betul, kemas dan teratur
  6. Merekod, mengemaskini dan menguruskan permohonan cuti pegawai dan kakitangan
  7. Melaksanakan pelupusan fail pentadbiran,fail kes, harta modal dan inventori pejabat
  8. Mengurus dan mengemaskini buku kedatangan pejabat pada setiap bulan.
  9. Mengendalikan panjar wang runcit (PWR) dan membuat rekupmen pada setiap bulan
  10. Menjawab, menerima dan mengendalikan panggilan telefon dan membuat panggilan luar sekiranya diminta oleh pegawai dan kakitangan
  11. Menyediakan surat menyurat dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pegawai, kakitangan dan pusat tanggungjawab (PTJ)
  12. Menaip nota keterangan sivil dan jenayah (sekiranya diarahkan oleh pegawai)
  13. Melaksanakan tugas-tugas kewangan sekiranya pegawai berkenaan bercuti
  14. Memastikan kawasan dan bangunan mahkamah dalam keadaan bersih dan sempurna
  15. Memastikan pengawal keselamatan sentiasa membuat rondaan dan pemantauan sekitar kawasan mahkamah supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
  16. Melaksanakan lain-lain arahan yang diterima dari masa ke semasa

FUNGSI BAHAGIAN KEWANGAN

  1. Mengurus semua kutipan hasil kerajaan dan deposit (penyediaan resit, penyediaan penyata pemungut dan memasukkan hasil ke dalam bank)
  2. Menerima dan merekod (buku daftar bil) segala bil-bil (elektrik, air, telefon, pembersihan dan lain-lain)
  3. Mencetak laporan amanah dan laporan akaun hasil dan menyediakan laporan penyata akaun hasil dan amanah
  4. Menyediakan laporan input hasil bagi akaun hasil dan akaun amanah dan laporan rekod transaksi kaunter
  5. Menyediakan laporan kira-kira wang tunai (KKWT)
  6. Menyediakan laporan baki perseorangan bagi akaun amanah
  7. Menyediakan dokumen bagi pengeluaran deposit amanah
  8. Melaksanakan pelupusan melibatkan dokumen-dokumen kewangan
  9. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa

FUNGSI PENGHANTAR NOTIS

  1. Melaksanakan tugas penyampaian dokumen undang-undang kepada pihak yang dinamakan dalam dokumen tersebut secara serahan kendiri
  2. Menampal notis yang tidak dapat disampaikan di tempat awam sama ada di atas tanah/bangunan sebagai hebahan
  3. Menyediakan affidavit serahan/affidavit tanpa serahan
  4. Menyediakan akuan bersumpah
  5. Menampal perintah dan perisytiharaan jualan

FUNGSI PEMBANTU TADBIR UNDANG-UNDANG (KES-KES SIVIL)

  1. Menerima, menyemak dan menfailkan dokumen ke dalam sistem e-Court Finance.
  2. Menerima, mendaftar dan memberi nombor kes serta membuka fail kes bagi setiap kod untuk semua kes sivil mahkamah majistret.
  3. Menyusun, memasukkan dokumen berkaitan dengan mengemaskini dokumen yang difailkan dalam setiap kes.
  4. Memproses semua dokumen berkaitan yang perlu ditandatangani oleh Majistret contohnya Sepina, Perakuan Ketidakhadiran, Notis permohonan dan sebagainya.
  5. Menerima dan menjawab panggilan telefon dan surat menyurat peguam/kerani peguam berkaitan kes kes sivil.
  6. Mengemaskini pergerakan fail kes dan keputusan ke sivil, dalam buku kausa, masterlist dan sistem SISPIM.

FUNGSI BAILIF MAHKAMAH

  1. Mendaftar kes Writ Penyitaan dan Penjualan, Writ Distress, Writ pemilikan, Saman Penghutang Penghakiman dan Perintah Pengkomitan bagi kod-kod 76, 76J, 76WS
  2. Memproses dokumen secara manual bagi kes-kes Writ Penyitaan dan Penjualan, Writ Distress, Writ pemilikan, Saman Penghutang Penghakiman dan Perintah Pengkomitan bagi kod-kod 76, 76J, 76WS
  3. Melaksanakan Perintah Menangkap Penghutang Penghakiman yang tidak hadir dan Pengkomitan
  4. Pelaksanaan Perintah Pengkomitan

FUNGSI PEMBANTU TADBIR UNDANG-UNDANG (KES-KES JENAYAH)

  1. Mendaftar kes-kes jenayah dalam buku kausa (kod 81,82, 83, 83D, 84, 85, 86(JPJ), 86(POL), 87 dan 89(UT) )
  2. Menyediakan surat menyurat berkaitan kes-kes jenayah
  3. Merekodkan keputusan kes jenayah yang telah selesai ke dalam buku kausa jenayah
  4. Menyediakan maklumat tentang pendaftaran dan pelupusan kes jenayah untuk rujukan dalam penyediaan statistik bulanan
  5. Menyediakan rekod rayuan perayu
  6. Menerima, mendaftar dan menguruskan permohonan remand dan lain-lain permohonan daripada agensi berkaitan

FUNGSI JURUBAHASA SIVIL

  1. Bertugas sebagai Jurubahasa Mahkamah Sivil di dalam Mahkamah Terbuka dan di dalam kamar.
  2. Memanggil kes di Mahkamah Terbuka dan di dalam kamar
  3. Menterjemah secara lisan dan tulisan
  4. Menyediakan fail-fail sivil semasa perbicaraan harian dan mengemaskini tarikh sebutan atau perbicaraan ke dalam diari majistret atau planner majistret
  5. Mengendalikan rakaman Court Recording Transcription (CRT) semasa perbicaraan dijalankan
  6. Membuat salinan rakaman CRT atas permintaan peguam
  7. Menyediakan senarai kausa kes-kes harian
  8. Mengendalikan perbicaraan sivil dan menandakan dokumen dan barang-barang kes
  9. Membantu mengendalikan kes-kes mediasi
  10. Menyemak draf perintah/penghakiman untuk kelulusan majistret
  11. Menyediakan statistik bulanan
  12. Menjawab segala surat menyurat, panggila telefon dan lain-lain yang diarahkan oleh majistret dari masa ke semasa

FUNGSI JURUBAHASA JENAYAH

  1. Membantu majistret menjalankan prosiding di mahkamah terbuka dan di dalam kamar
  2. Menyediakan waran menahan, waran memenjara dan perintah-perintah mahkamah
  3. Menyediakan segala surat menyurat berkaitan kes-kes jenayah
  4. Menyediakan bil-bil bagi bayaran denda melalui sistem e-Court Finance
  5. Menguruskan urusan jaminan
  6. Menterjemah pertuduhan dan dokumen
  7. Menyediakan statistik bulanan dan statistik khas
  8. Mengemaskini diari harian
  9. Menyemak draf perintah/penghakiman untuk kelulusan majistret
  10. Mengendalikan rakaman Court Recording Transcription (CRT) semasa perbicaraan dijalankan
  11. Membuat Salinan rakaman CRT atas permintaan peguam

12. Menjawab segala surat menyurat, panggila telefon dan lain-lain yang diarahkan oleh majistret dari masa ke semasa