Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

FUNGSI BAHAGIAN

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil
  • Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
  • Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
  • Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan, termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
  • Menguruskan Jadual Bertugas Majistret bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ dan APD (Rawatan dan Pemulihan)
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah

UNIT PENTADBIRAN

  • Mengawal selia segala pentadbiran yang melibatkan pegawai & kakitangan Mahkamah
  • Mengawal selia barangan stor dan aset-aset di Mahkamah
  • Mengawal selia kewangan di Mahkamah
  • Bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kakitangan Mahkamah dengan membuat laporan ke Ketua Jabatan keperluan untuk pembaik pulih.

UNIT KEWANGAN

  • Mengendalikan pengurusan terimaan hasil melalui penggunaan e-Pos /Cek/Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos di kaunter bayaran.
  • Menguruskan tuntutan perjalanan/perpindahan/elaun lebih masa bagi pegawai dan kakitangan mahkamah.
  • Mengendalikan urusan pembayaran bil-bil utiliti.
  • Menguruskan pembayaran perkhidmatan pencucian dan pengawal keselamatan.
  • Melaksanakan kutipan hasil dan deposit mahkamah.
  • Membuat bayaran balik hasil dan deposit.