Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

FUNGSI BAHAGIAN

UNIT PENDAFTARAN SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Sivil
  • Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Sivil
  • Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Sivil
  • Meluluskan semua Saman Tuntutan Kecil dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret
  • Mendaftarkan pendaftaran kes-kes Sivil yang baru di bawah Kod 71, 72, 73, 74.
  • Menguruskan urusan Pelaksanaan yang dijalankan oleh Bailif Mahkamah.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Sivil bulanan dan pada bila-bila diarahkan Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Perak

UNIT PENDAFTARAN JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Jenayah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
  • Mendaftar kes Saman Trafik, Saman Jabatan, Kes Kanak-Kanak dan sebagainya. Mengemaskini buku Daftar Kausa kes-kes berkenaan.
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
  • Menguruskan urusan reman di bawah Sek.117 KAJ dan APD
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Jenayah bulanan dan pada bila-bila diarahkan Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri Perak

UNIT PESURUHJAYA SUMPAH

  • Menjalankan tugasan dan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah sepertimana ditetapkan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.
  • Memeriksa dan menerima akuan bersumpah dan akuan berkanun
  • Menjadi saksi kepada dokumen-dokumen yang dibenarkan undang-undang dan tertakluk kepada Surat Arahan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bertarikh 3 November 2015
  • Menerima dan menyerahkan dokumen untuk Salinan Diakui Sah kepada Majistret.

UNIT PELAKSANAAN

  • Menjalankan lelongan awam, pelaksanaan Writ Distres, Waran Tangkap, Writ Hantar Serah dan Writ Pemilikan sepertimana perintah mahkamah yang mengarahkannya.
  • Menerima, memproses wang deposit pelaksanaan daripada peguam
  • Menyediakan Penyata Bailif dan menetapkan tarikh pelaksanaan selepas kesemua kertas cara teratur
  • Menyediakan statistik bulanan sepertimana di arahkan Pejabat Pengarah Mahkamah Negeri.
  • Mengemaskini Buku Kausa Pelaksanaan.

 

UNIT KEWANGAN

  • Menjalankan operasi Unit Hasil dan Bayaran iaitu memproses dan mengakaunkan semua jenis bayaran dan terimaan dengan betul, tepat dan sempurna.
  • Memproses terimaan hasil, deposit dan mengeluaskan resit rasmi kepada pembayar.
  • Memproses Penyata Perbankan dan memasukkan terimaan hasil ke dalam bank sebelum waktu pejabat dengan segera tanpa gagal.
  • Menyediakan dokumen Akauan Terimaan Bulanan untuk tujuan audit
  • Memproses segala bayaran tuntutan perjalanan, elaun perpindahan / pertukaran di Mahkamah Majistret Parit Buntar.
  • Memproses tuntutan bil kontrak sewa beli dan perkhidmatan lain
  • Menguruskan Panjar Wang Runcit
  • Merekodkan di dalam buku Mahkamah 4, Buku Lejar Kew28 dan Laporan Suku Tahunan.
  • Memproses bayaran balik deposit Mahkamah.

UNIT PENTADBIRAN

  • Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
  • Memastikan dan meyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta yang ditetapkan.
  • Memastikan pengurusan keselamatan pejabat dan bangunan dijalankan dengan teratur dan sempurna
  • Memastikan setiap asset / barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan. Barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat digunakan.
  • Memastikan pengurusan keselamatan pejabat dan bangunan sempurna.
  • Memantau dan menyelia tugasan kontraktor yang dilantik Pusat Tanggungjawab iaitu kontraktor pembersihan, keselamatan dan lain-lain.
  • Menerima dan merekodkan urusan surat-menyurat Majistret Mahkamah Parit Buntar sebelum diedarkan kepada pegawai dari unit yang bertanggungan.
  • Menjalankan urusan pos di Pejabat Pos.
  • Menyelia dan memantau urusan cuti rehat, cuti sakit, cuti kecemasan dan lain-lain cuti bagi kesemua warga kerja di Mahkamah Majistret Parit Buntar
  • Mengemaskini fail peribadi kakitangan dan pegawai di Mahkamah Majistret Parit Buntar.