Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

FUNGSI BAHAGIAN

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL

  • Membantu tugas-tugas Hakim didalam mahkamah terbuka Mahkamah Sesyen Sivil
  • Menyemak, merekod dan mengemaskini kes harian didalam mahkamah terbuka
  • Mengawal selia hal-hal berkaitan CRT dalam mahkamah terbuka dan memastikan system sentiasa dalam keadaan baik
  • Menyediakan waran menahan, memenjara dan perintah berkaitan yang diarahkan oleh Hakim
  • Menyediakan statistik bulanan dan statistik khas berdasarkan jumlah kes bulan berkenaan dan dikemaskini sekiranya dalam kadar masa segera
  • Menyemak/Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen
  • Menyemak/Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen
  • Meluluskan semua Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baru

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH

  • Membantu tugas-tugas Hakim didalam mahkamah terbuka Mahkamah Sesyen Jenayah
  • Mengawal selia kakitangan Mahkamah Sesyen Jenayah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

  • Membantu tugas-tugas Majistret didalam mahkamah terbuka Mahkamah Majistret Sivil
  • Menyemak merekod dan mengemaskini kes harian didalam mahkamah terbuka
  • Mengawal selia hal-hal berkaitan CRT dalam mahkamah dan memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik
  • Menyemak/Meluluskan semua deraf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
  • Menyemak/Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret
  • Menyemak/Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

  • Membantu tugas-tugas Majistret didalam mahkamah terbuka Mahkamah Majistret Jenayah
  • Mengawal selia kakitangan Mahkamah Majistret Jenayah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan, termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
  • Menguruskan Jadual Bertugas Majistret dan Penolong Pendaftar bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ dan APD
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah

UNIT PENDAFTARAN BAHAGIAN PENTADBIRAN/KEWANGAN

  • Menguruskan pendaftaran fail, surat menyurat dan emel
  • Menguruskan semua cuti Pegawai dan Kakitangan dalam sistem Hrmis
  • Mengendalikan semua urusan surat-menyurat pentadbiran dan surat antara jabatan
  • Menguruskan Harta modal dan Inventori
  • Menguruskan kaunter/Khidmat pelanggan
  • Menguruskan stor dan aset
  • Menyediakan laporan bulanan prestasi perkhidmatan kawalan keselamatan
  • Menyediakan laporan bulanan kedatangan Pegawai dan kakitangan

UNIT PENDAFTARAN BAHAGIAN PENTADBIRAN/KEWANGAN

  • Menerima bayaran denda, wang rampasan, amanah dan penfailan dokumen serta
  • Mengeluarkan resit Kew, 38E menggunakan sistem iGFMAS
  • Menyediakan Penyata kira-kira Audit setiap bulan
  • Menyediakan laporan penyata kutipan hasil bulanan
  • Menguruskan pembayaran bil utiliti seperti elektrik, air dan Indah Water serta tuntutan perjalanan semua pegawai dan kakitangan ke PTJ
  • Menguruskan Akaun Deposit Amanah dan menguruskan bayaran balik deposit
  • Menguruskan warta kerajaan bagi akaun deposit amanah yang cukup tempoh dan menyediakan baucar jurnal
  • Menguruskan Panjar Wang Runcit
  • Menyimpan dengan selamat buku-buku resit dan dokumen kewangan