Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

FUNGSI BAHAGIAN

UNIT PENDAFTARAN SIVIL

  • Memastikan Sistem CRT berfungsi dengan baik agar prosiding sivil berjalan dengan lancar.
  • Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan kes sivil di bawah bidang kuasa Majistret seperti yang dperuntukkan oleh seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] dan Undang-Undang bertulis lain.
  • Mempertimbang dan memutuskan permohonan interlokutori.
  • Merekodkan Penghakiman Ingkar dan Penghakiman Persetujuan.
  • Mendengar dan membuat keputusan bagi permohonan pelaksanaan penghakiman.
  • Memproses draf / Perintah bersih dan draf / Penghakiman bersih.
  • Memproses Writ Distress, Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan serta memastikan kelancaran proses pelaksanaan penghakiman.
  • Memastikan pendaftaran dan pengemaskinian kes menggunakan Sistem Pendaftaran Integrasi Maklumat Mahkamah (SISPIM).
  • Menyediakan statistik bulanan bagi kes sivil dan memastikan maklumat adalah tepat dan sahih.

UNIT PENDAFTARAN JENAYAH

  • Memastikan Sistem CRT berfungsi dengan baik agar prosiding jenayah berjalan dengan lancar.
  • Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan kes jenayah di bawah bidang kuasa Majistret seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 85 Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] dan Undang-Undang bertulis lain termasuklah kes yang melibatkan kanak-kanak sebagai pesalah dan saman jabatan.
  • Mendaftar, mempertimbang dan memutuskan Permohonan Pelbagai Jenayah termasuklah permohonan reman, permohonan jamin, permohonan di bawah seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah, permohonan Waran Tangkap, permohonan Waran Geledah dan sebagainya.
  • Memproses Waran Menahan, Waran Mempenjarakan apabila Hukuman Penjara atau Denda Dijatuhkan, Sepina, Waran Tangkap, Waran Geledah, Perintah untuk Mengemukakan Tahanan (Order to Produce) dan lain-lain borang dalam prosiding jenayah.
  • Memastikan pendaftaran dan pengemaskinian kes menggunakan Sistem Pendaftaran Integrasi Maklumat Mahkamah (SISPIM).
  • Menyediakan statistik bulanan bagi kes jenayah dan memastikan maklumat adalah tepat dan sahih.

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Unit ini bertanggungjawab memastikan keteraturan dalam perkara yang berikut:

  • Kewangan;
  • Pengurusan sumber manusia;
  • Pengurusan aset dan stor;
  • Pengurusan keselamatan dokumen;
  • pengurusan keselamatan / Penjagaan bangunan dan persekitaran mahkamah; dan
  • lain-lain.