UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua deraf/ perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua deraf/ penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Sivil
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Jenayah
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
UNIT PENTADBIRAN
- Menguruskan pembahagian kerja di antara kakitangan.
- Mengawasi kecekapan dan kelicinan tugas yang telah diamanahkan bagi setiap kakitangan.
- Menyemak buku daftar kes, rekod-rekod, penyata yang berkenaan dan sebagainya
- Bertanggungjawab memeriksa dan menyelia dokumen-dokumen seperti rekod rayuan, laporan harian kes sivil, jenayah dan saman jabatan, rekod-rekod kes separuh bicara dan memeriksa statistik bulanan.
- Menyelia kebajikan kakitangan bawahan.
- Menyelia kebersihan kawasan luar dan dalam Mahkamah.
- Menyelia disiplin, rekod kehadiran, rekod keluar masuk dan etika kakitangan Mahkamah.
- Menyelia perkhidmatan kaunter Mahkamah.
- Menyelia pejabat pendaftaran Mahkamah.
- Menyelia daftar surat menyurat.
- Menyelia aset dan stor Mahkamah.
- Menyelia urusan pelupusan fail-fail Mahkamah.
- Meluluskan permohonan cuti kakitangan di bawah seliaan.
UNIT KEWANGAN
- Memperakui dan menandatangani baucer-baucer pembayaran dan semua urusan kewangan yang terlibat
- Memperakui pegawai-pegawai tertentu untuk memungut hasil, menandatangani baucer bayaran, pesanan tempatan, baucer jurnal, tuntutan perjalanan dan urusan kewangan yang terlibat.
- Bertanggungjawab memeriksa rekod-rekod kewangan Mahkamah.
- Membuat pemeriksaan mengejut bagi rekod kewangan.