MAHKAMAH SESYEN IPOH
KES SIVIL
- Mengendalikan Pengurusan Kes Sivil melalui sistem CMS
- Merekodkan Penghakiman Ingkar dan Penghakiman Persetujuan
- Mendengar dan melupuskan kes-kes sivil.
- Memberikan keputusan permohonan interlokutori dan perbicaraan penuh
- Menyediakan alasan penghakiman
KES SPRM
- Mengendalikan Pengurusan Kes SPRM melalui sistem CMS
- Mendengar dan melupuskan semua permohonan yang berkaitan serta perbicaraan penuh kes-kes SPRM.
- Membaca dan mempertimbangkan hujahan pihak-pihak sebelum membuat keputusan
- Memberikan keputusan bagi semua permohonan yang berkaitan dan juga perbicaaan penuh
- Menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh 8 minggu
- Menyemak dan mengesahkan Nota keterangan CRT bagi tujuan pemfailan rekod rayuan
- Menyemak dan mengesahkan Rekod Rayuan sebelum dihantar ke Mahkamah Tinggi
KES JENAYAH
- Mengendalikan Pengurusan Kes Jenayah melalui sistem CMS
- Mengendalikan permohonan jamin bagi kes-kes yang boleh dijamin
- Mendengar dan melupuskan kes-kes jenayah dan saman jabatan jenayah
- Memberikan keputusan

KES KORONER
- Menerima, menyemak dan mempertimbangkan fail-fail laporan mati mengejut
- Membuat verdict sama ada perlu menjalankan prosiding siasatan kematian (inkues) atau tidak
- Mendengar prosiding inkues dan membuat verdict/keputusan sebab-sebab kematian.
- Melihat dan memeriksa tubuh mayat yang meninggal dalam tahanan dan menyediakan catatan/minit
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN
A) JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan,Waran Geledah, dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk memgemukakan, Saman , buku daftar dan lain-lain yang berkaitan, termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Jenayah Perak
B) SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan semua deraf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan semua deraf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baru.
- Mendengar kes untuk Pengurusan Kes kali pertama bagi Mahkamah Sesyen Sivil dan Mahkamah Majistret Sivil (kes kemalangan) seperti Arahan Hakim Penyelia Sivil Perak.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen Sivil Perak.
MAHKAMAH MAJISTRET IPOH
KES SIVIL
- Mengendalikan Pengurusan Kes Sivil melalui sistem Ereview dan CMS
- Merekodkan Penghakiman Ingkar dan Penghakiman Persetujuan
- Mendengar dan melupuskan kes-kes sivil.
- Memberikan keputusan permohonan interlokutori dan perbicaraan penuh
- Menyediakan alasan penghakiman
KES JENAYAH
- Mengendalikan Pengurusan Kes Jenayah melalui sistem CMS
- Mengendalikan permohonan jamin bagi kes-kes yang boleh dijamin
- Mendengar dan melupuskan kes-kes jenayah dan saman jabatan jenayah
- Memberikan keputusan
- Menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh 8 minggu
- Menyemak dan mengesahkan Nota keterangan CRT bagi tujuan pemfailan rekod rayuan
- Menyemak dan mengesahkan Rekod Rayuan sebelum dihantar ke Mahkamah Tinggi
- Mendengar kes-kes permohonan reman dan juga permohonan jenayah/pelbagai
KES TRAFIK/SAMAN JABATAN
- Mendengar dan melupuskan kes-kes saman trafik dan saman jabatan.
- Mendengar dan melupuskan kes Mahkamah Kanak-Kanak (Juvana)
PEJABAT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET
SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua deraf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua deraf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret.
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baru.
- Menguruskan penyediaan statistiK-statistik Mahkamah Majistret Sivil Perak.
JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan,Waran Geledah, dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk memgemukakan, Saman , buku daftar dan lain-lain yang berkaitan, termasuk urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Perak bagi urusan reman di bawah Sek.117 KAJ, Sek. 259 KAJ, Sek. 334 KAJ dan APD.
- Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Majistret Jenayah Perak.