Pelancaran 5S
Taklimat Dan Pelancaran Rasmi Amalan Persekitaran Berkualiti(Program 5S)

 

Tarikh : 27 November 2010
Masa : 8.30 Pagi


Tempat : Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan

 

PELANCARAN RASMI PROGRAM  AMALAN 5 S

(PERSEKITARAN KERJA BERKUALITI)

PERINGKAT MAHKAMAH NEGERI KELANTAN

 

 

PENDAHULUAN

 

Selaras dengan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia supaya semua Mahkamah diseluruh negara mengamalkan suasana persekitaran kerja berkualiti melalui Amalan 5S, Mahkamah Negeri Kelantan telah mengorak langkah pertama kearah merealisasikan hasrat tersebut dengan mengadakan:

 

Majlis Pelancaran Rasmi Program 5S Peringkat Mahkamah Negeri Kelantan pada hari Sabtu,  27 November 2010 bertempat di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.

 

 

PROGRAM PRA PELANCARAN

 

Bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada semua peserta  mengenai kepentingan Amalan 5S, suatu  majlis taklimat, dialog dan bengkel  telah juga diadakan pada hari yang sama dalam sesi program pra pelancaran.

 

Program pra pelancaran berkenaan telah di kendalikan oleh En. Nik Rosdi b. Nik Yusoff, Pengurus Malaysia Productivity Corporatiaon Negeri Kelantan yang telah dijemput khas oleh Pengerusi Jawatankuasa Program 5S Mahkamah Negeri Kelantan, Datin Siti Mariam bt. Hj. Othman.

 

Semua peserta program berkenaan telah diberi pendedahan yang jelas mengenai matlamat amalan 5S dari semua aspek sehinggalah kepada keperluan pembentukan kumpulan kerja, jawatankuasa, pembentukan zon dan sebagainya termasuk peranan yang perlu dimainkan oleh setiap jawatankuasa, fasilitator, ketua kumpulan dan warga kerja mahkamah bagi memastikan program 5S berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

 

 

MAJLIS PELANCARAN RASMI PROGRAM 5S

PERINGKAT MAHKAMAH NEGERI KELANTAN

 

Majlis Pelancaran Rasmi Program 5S Peringkat Mahkamh Negeri Kelantan telah  disempurnakan oleh  Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, YA Tuan Ahmad Zaidi b. Ibrahim  pada jam 12.00 tengahari iaitu  sebaik sahaja Program Pra Pelancaran berkenaan berakhir.

 

Majlis pelancaran berkenaan telah dihadiri oleh semua pegawai dan sebahagian besar kakitangan sokongan yang mewakili setiap Mahkamah dari seluruh daerah (jajahan) di Negeri Kelantan

 

Pengerusi Jawatankuasa Program yang juga Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan Datin Siti Mariam bt. Hj. Othman dalam ucapan alu-aluannya  telah memberi penekanan mengenai kepentingan amalan 5S dilaksanakan dan beliau telah menetapkan supaya pengiktirafan   dapat diperolehi selepas 6 bulan dilaksanakan. Beliau telah merumuskan 4 objektif utama program, iaitu:

 

  • Meningkatkan Produktiviti, Kecekapan dan Keberkesanan Jabatan,

 

  • Sebagai Program penambahbaikkan menyeluruh terhadap organisasi sekaligus meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian

 

  • Bagi meningkatkan motivasi warga kerja melalui pengwujudan suasana kerja yang kondusif

 

  • Mengurangkan atau menghapuskan pembaziran terhadap inventori dan peralatan pejabat.

 

 

YA Tuan Ahmad Zaidi b. Ibrahim  dalam ucapan perasmiannya  telah mengingatkan mengenai   pentingnya meningkatkan jalinan  kerjasama antara semua peringkat pegawai dan kakitangan tanpa sebarang pengecualian bersepakat berganding bahu melaksanakan program yang dirancangkan.

 

Beliau juga  meminta agar perbincangan yang kerap  dapat diadakan oleh jawatankuasa yang terlibat bagi mengenalpasti masalah dan halatuju setiap tindakan yang dibuat.

 

Beliau juga turut mencadangkan agar ahli jawatankuasa pemandu, fasilitator dan jawatankuasa kecil yang terlibat mengadakan lawatan kemana-mana agensi kerajaan dan swasta tertentu yang telah berjaya melaksanakan program 5S dan telah mendapat pengiktiran bertujuan untuk bersama-sama berkongsi pengalaman mengenai kejayaan mereka melaksanakan program berkenaan.

 

 

t.t.

[DATIN SITI MARIAM BT. HJ. OTHMAN]

Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan

Mahkamah Sesyen Kota Bharu

Kelantan

 

Bertarikh: 1 Disember 2010

 

SEKITAR MAJLIS TAKLIMAT DAN PELANCARAN RASMI

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (PROGRAM 5S )

MAHKAMAH NEGERI KELANTAN

SANY0490 SANY0493
SANY0497 SANY0499
SANY0501 SANY0503
SANY0504 SANY0506
SANY0510 SANY0513
SANY0516 SANY0520
SANY0521 SANY0522
SANY0524 SANY0525
SANY0526 SANY0531
SANY0532 SANY0528
SANY0529 SANY0530
SANY0550 SANY0551
SANY0521 SANY0553
SANY0556 SANY0567
SANY0570 SANY0571
SANY0572 SANY0573

 

Total visitors to the Portal : 77,824
  • Your IP: 54.162.91.86
  • Last updated : 27 May 2017