Bahasa Lain |
   
Facebook Twitter Flickr You Tube QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Warna Tulisan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan Tukar Kecerahan
Hakim Besar Sabah & Sarawak

YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum
Hakim Besar Sabah & Sarawak
PSM, SPSK, SSAP, SIMP, SPDK, PGDK

PROFIL
 
Yang Amat Arif Tan Sri Richard Malanjum dilahirkan pada 13 Oktober, 1952 di Tuaran, Sabah. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Buit dan di Sekolah Rendah Sacred Heart, Kota Kinabalu dan menghabiskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah.
 
Yang Amat Arif Tan Sri kemudian memulakan kerjayanya sebagai kerani di Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian, Jabatan Televisyen dan Radio dan sebagai Pegawai Kebajikan di Jabatan Kebajikan Negeri. Pada Julai 1972, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor (sekarang dikenali sebagai Universiti Institut Teknologi Mara) sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang serta dianugerahkan Bachelor of Laws (LL.B). Beliau telah berjaya menghabiskan kursusnya dalam tempoh minimum iaitu 3 tahun dan dianugerahkan Ijazah Kepujian Kelas Kedua pada Ogos 1975. Beliau juga telah dinamakan sebagai siswazah undang-undang terbaik di Institut berkenaan dan telah menerima anugerah tersebut daripada mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagian Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Menteri Pendidikan pada masa itu.
 
Setelah memperolehi ijazah undang-undang, Yang Amat Arif Tan Sri telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir di Jabatan Ketua Menteri, Sabah tetapi ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah. Beliau juga merupakan seorang Pensyarah Sambilan dalam bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (Kampus Sabah). Setelah bekerja seketika bagi menampung perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran, pada April 1976 beliau meneruskan pelajaran di London dan berjaya menghabiskan pengajian “Bar-at-Law” pada tahun yang sama. Kemudian beliau telah dipanggil ke “The English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn” di London. Pada November 1977, beliau diterima masuk sebagai Peguamcara di Badan Peguam Malaysia, Sabah dan diterima masuk ke “The Australian Capitol Territory” (ACT) Bar pada tahun 1991. Sekembalinya dari London, beliau kembali berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Besar Negeri.
 
Pada Ogos 1981, Yang Amat Arif Tan Sri telah menyertai bidang kerjaya guaman persendirian di Kota Kinabalu dan beliau sangat berjaya sehingga beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada bulan Mac 1992.
 
Yang Amat Arif Tan Sri, adalah merupakan anak kelahiran bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di dalam negara ini. Pada umur 52 tahun, beliau adalah Hakim Mahkamah Persekutuan yang termuda dilantik ke jawatan tersebut. Pada 26 Julai 2006, buat pertama kalinya sejak terbentuknya Malaysia dan pada usia 53 tahun, beliau menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai Hakim Besar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang masing-masing oleh seorang British, seorang dari Semenanjung, Malaysia dan seorang dari Sarawak.
 
Beliau mempunyai 3 orang anak, Jessica, Edgar dan Carl.

ALAMAT

Pejabat Utama:
 Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Jalan Gersik
Petra Jaya
 93050 Kuching
 SARAWAK
Tel:  (082) 449989      Faks:  (082) 313400
Email:  cjss@kehakiman.gov.my
 
Pejabat Putrajaya:
 Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Aras 5, Istana Kehakiman
 Presint 3
 62506 PUTRAJAYA
Tel:  (03) 88803559      Faks:  (03) 88883944
 
Pejabat Sabah:
 Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
 Mahkamah Tinggi Sabah,
 88809 Kota Kinabalu,
 SABAH
Tel:  (088) 523700      Faks:  (088) 210055

 +082 449 989   +082 313 400
  cjss@kehakiman.gov.my

Jumlah pelawat ke Portal ini : 634,907
Dikemaskini pada : 5 September 2015

MyGov  MAMPU  BPA  JPA  EPU  IIM  MSC  MDec  1Malaysia  HRMIS  DBP  ePerolehan  PMO  AGC

Laman Utama
Laman Utama
Laman Utama
Facebook Twitter QR Code RSS Feed Default Tukar Latar Tukar Latar Tukar Latar

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.
Email : webmaster@kehakiman.gov.my Telefon : 03 8880 3500 Faks : 03 8880 3886
Paparan Terbaik Menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox 3, Safari dan Internet Explorer 8 Dengan Resolusi 1280 X 1024 pixel
Hak Cipta Terpelihara ©2005 - 2013 PKPMP