Profile Pengarah

Zulqarnain Bin Hassan

Pengarah Mahkamah Negeri Perak

 

PROFIL

Tuan Zulqarnain bin Hassan A.M.P. mendapat pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. Di peringkat pendidikan tinggi, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB. Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia dan Sarjana Undang-Undang (LLM) daripada University of Aberdeen, Scotland.

Dari sudut pengalaman kerjaya, beliau telah bertugas dalam bidang pendakwaan, sivil, penasihat, perundangan dan kehakiman. Beliau pernah berkhidmat di pelbagai agensi kerajaan; Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Kerajaan Negeri Perak dan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan. Jawatan yang dipegang di agensi-agensi ini ialah Timbalan Pendakwa Raya, Peguam Persekutuan, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri, Peguam Kanan Persekutuan, Hakim Sesyen Sungai Petani, Kedah Darul Aman dan terakhir sebelum menjawat jawatan sebagai Pengarah Mahkamah Negeri Perak ialah sebagai Hakim Sesyen Kuala Lumpur.

 

No Telefon : 05 2415555
MAHKAMAH SESYEN / MAJISTRET IPOH
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB
30507 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN 
Total visitors to the Portal : 82,911
  • Your IP: 54.80.140.5
  • Last updated : 23 September 2017